Apabila kita bercakap tentang konduktor, kita mesti terfikir dua perkara iaitu konduktor haba serta konduktor elektrik. Apakah persamaan dan perbezaan kedua-duanya? sebelum kita berbicara lebih lanjut maka eloklah dulu kita lihat maksud konduktor. Jika merujuk kepada PRPM, konduktor bermaksud pengalir. ia juga bermaksud bahan yang boleh mengalirkan elektrik atau haba. Sekarang mari kita bincangkan lebih lanjut tentang kedua-dua jenis konduktor ini
Konduktor elektrik
Bahan yang berkeupayaan mengalirkan elektrik biasanya logam. Biasanya bahan yang digunakan ialah kuprum/tembaga. Namun begitu, semua logam adalah konduktor dan setiap logam mempunyai keupayaan untuk mengalirkan elektrik yang berbeza. Elektron bebas merupakan agen yang paling penting untuk berlakunya pengaliran arus dalam logam. Keupayaan elektrok bebas untuk bergerak apabila dikenakan 'potential difference' menentukan kekonduksian sesuatu bahan. Kekonduksian adalah tinggi apabila rintangan logam rendah dan sebaliknya.
Seperti yang dibincangkan dalam bahagian 1, semua konduktor mempunyai rintangan. Secara relatifnya, rintangan adalah cukup kecil di dalam konduktor.
Konduktor bukan sahaja terdiri daripada logam, malah boleh terdiri daripada cecair dan gas. Saya mengambil contoh air. air asli (pure water) merupakan penebat elektrik yang baik kerana mempunyai struktur atom dan tiada ion bebas di dalamnya. Namun sekiranya diletakkan sedikit garam (boleh guna air laut), maka air akan menjadi konduktor kerana terdapat ion-ion bebas di dalam air yang berpunca daripada garam. Ion-ion ini yang mengalirkan elektrik bukannya struktur molekul H20. Oleh itu air boleh bertukar daripada penebat kepada konduktor disebabkan oleh kehadiran ion di dalam air.
Kenapakah tangan perlu kering apabila mengendalikan peralatan elektrik? semuanya disebabkan ion. Badan kita akan merembeskan peluh yang terdiri sedikit garam dan ini akan menyebabkan air menjadi konduktor. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mengeringkan tangan apabila mengendalikan peralatan elektrik untuk mengelak terkena renjatan elektrik.
Konduktor haba
No comments:
Post a Comment