Wednesday, February 1, 2017

Konduktor Bahagian 2

Apabila kita bercakap tentang konduktor, kita mesti terfikir dua perkara iaitu konduktor haba serta konduktor elektrik. Apakah persamaan dan perbezaan kedua-duanya? sebelum kita berbicara lebih lanjut maka eloklah dulu kita lihat maksud konduktor. Jika merujuk kepada PRPM, konduktor bermaksud pengalir. ia juga bermaksud bahan yang boleh mengalirkan elektrik atau haba. Sekarang mari kita bincangkan lebih lanjut tentang kedua-dua jenis konduktor ini

Konduktor elektrik

Bahan yang berkeupayaan mengalirkan elektrik biasanya logam. Biasanya bahan yang digunakan ialah kuprum/tembaga. Namun begitu, semua logam adalah konduktor dan setiap logam mempunyai keupayaan untuk mengalirkan elektrik yang berbeza. Elektron bebas merupakan agen yang paling penting untuk berlakunya pengaliran arus dalam logam. Keupayaan elektrok bebas untuk bergerak apabila dikenakan 'potential difference' menentukan kekonduksian sesuatu bahan. Kekonduksian adalah tinggi apabila rintangan logam rendah dan sebaliknya.

Seperti yang dibincangkan dalam bahagian 1, semua konduktor mempunyai rintangan. Secara relatifnya, rintangan adalah cukup kecil di dalam konduktor.

Konduktor bukan sahaja terdiri daripada logam, malah boleh terdiri daripada cecair dan gas. Saya mengambil contoh air. air asli (pure water) merupakan penebat elektrik yang baik kerana mempunyai struktur atom dan tiada ion bebas di dalamnya. Namun sekiranya diletakkan sedikit garam (boleh guna air laut), maka air akan menjadi konduktor kerana terdapat ion-ion bebas di dalam air yang berpunca daripada garam. Ion-ion ini yang mengalirkan elektrik bukannya struktur molekul H20. Oleh itu air boleh bertukar daripada penebat kepada konduktor disebabkan oleh kehadiran ion di dalam air.

Kenapakah tangan perlu kering apabila mengendalikan peralatan elektrik? semuanya disebabkan ion. Badan kita akan merembeskan peluh yang terdiri sedikit garam dan ini akan menyebabkan air menjadi konduktor. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mengeringkan tangan apabila mengendalikan peralatan elektrik untuk mengelak terkena renjatan elektrik.

Konduktor haba


Tuesday, March 24, 2015

Konduktor Bahagian 1

Apakah konduktor?
Adakah konduktor mempunyai rintangan?
Apakah itu rintangan?
Apakah itu kekonduksian?

Semua persoalan di atas boleh mengganggu kefahaman pelajar. Terdapat pelajar yang menyatakan bahawa konduktor tidak mempunyai rintangan dan kefahaman ini adalah salah. Semua objek mempunyai rintangan tidak kira ianya pepejal, cecair ataupun gas.

Apakah itu konduktor?

Konduktor adalah bahan yang membenarkan elektron bebas bergerak dari satu zarah ke zarah yang lain. Contoh konduktor adalah logam seperti kuprum, besi, aluminium dan lain-lain. Biasanya konduktor elektrik yang baik juga konduktor haba yang baik. Sekiranya cas positif atau negatif tertabur pada konduktor, maka cas ini akan bergerak dan tertabur secara seragam.

Penebat pula ialah bahan yang menghalang/menyukarkan pergerakan elektron untuk bergerak dari satu zarah ke zarah yang lain. Contoh penebat ialah getah, plastik, kaca, kayu, air suling dan lain-lain lagi.Sekiranya cas positif atau negatif ditabur pada penebat, cas ini tidak akan bergerak dan hanya berkumpul pada tempat tersebut.

Elektron bebas memainakn peranan penting dalam proses pengaliran elektrik kerana elektron mempunyai jisim yang paling ringan serta berada di luar nukleus.

Apa yang saya ingin fokus di sini adalah air. Air merupakan penebat namun sekiranya dicampur dengan garam, maka air akan mempunyai sifat ionik dan ini boleh menyebabkan air menjadi konduktor.

Adakah konduktor mempunyai rintangan?

Semua bahan mempunyai rintangan, namun bagi konduktor rintangannya adalah kecil.

Bersambung....


Thursday, September 4, 2014

Konduktor pengalir arus


Satu konduktor yang mengalirkan arus akan menghasilkan kesan magnet di sekitarnya. Medan magnet adalah kuantiti vektor, maka medan magnet ada arah. Oleh itu, arah medan disekitar konduktor boleh ditentukan menggunakan hukum tangan kanan.

 Gambarajah di atas menunjukkan cara untuk kita menentukan arah medan magnet yang terbentuk disebabkan oleh pengaliran arus. Bayangkan anda sedang memegang satu wayar yang mengalir arus ke atas. Ibu jari menunjukkan arah aliran arus, manakala kepalan / genggaman tangan menunjukkan arah medan magnet yang disebabkan oleh aliran arus. Bagi kes di atas, arah medan magnet adalah melawan arah jam.

Apakah arah medan magnet jika arus mengalir ke bawah?

Sila genggam tangan anda dengan ibu jari ke arah bawah.tengok genggaman jari anda, ia menunjukkan arah pusingan jam. maka itulah arah medan magnet.