Tuesday, March 24, 2015

Konduktor Bahagian 1

Apakah konduktor?
Adakah konduktor mempunyai rintangan?
Apakah itu rintangan?
Apakah itu kekonduksian?

Semua persoalan di atas boleh mengganggu kefahaman pelajar. Terdapat pelajar yang menyatakan bahawa konduktor tidak mempunyai rintangan dan kefahaman ini adalah salah. Semua objek mempunyai rintangan tidak kira ianya pepejal, cecair ataupun gas.

Apakah itu konduktor?

Konduktor adalah bahan yang membenarkan elektron bebas bergerak dari satu zarah ke zarah yang lain. Contoh konduktor adalah logam seperti kuprum, besi, aluminium dan lain-lain. Biasanya konduktor elektrik yang baik juga konduktor haba yang baik. Sekiranya cas positif atau negatif tertabur pada konduktor, maka cas ini akan bergerak dan tertabur secara seragam.

Penebat pula ialah bahan yang menghalang/menyukarkan pergerakan elektron untuk bergerak dari satu zarah ke zarah yang lain. Contoh penebat ialah getah, plastik, kaca, kayu, air suling dan lain-lain lagi.Sekiranya cas positif atau negatif ditabur pada penebat, cas ini tidak akan bergerak dan hanya berkumpul pada tempat tersebut.

Elektron bebas memainakn peranan penting dalam proses pengaliran elektrik kerana elektron mempunyai jisim yang paling ringan serta berada di luar nukleus.

Apa yang saya ingin fokus di sini adalah air. Air merupakan penebat namun sekiranya dicampur dengan garam, maka air akan mempunyai sifat ionik dan ini boleh menyebabkan air menjadi konduktor.

Adakah konduktor mempunyai rintangan?

Semua bahan mempunyai rintangan, namun bagi konduktor rintangannya adalah kecil.

Bersambung....